Jom Shopping

Klik Sini

Thursday, 11 July 2013

Salam Ramadhan...Hari ke-2

Hi guy..terlambat nak ucapkan Salam Ramadhan buat semua bloggers and rakyat Malaysia also..
Dah masuk hari ke-2 kita berpuasa..Ada yang tak boleh berpuasa ke??hehhe mesti adakan..reason?? Gasrik? Period? Bagi yang perempuan je okeh! 
Berbuka hari pertama dan kedua nie Milo sambut dengan serba sederhana..Kan berjimat cermat itu amalan terpuji..ye tak?? cewahh..Pada Milo la kan, buat apa beli berhabis-habisan kalau semuanya akan dicampakkan ke "tong sampah" jua.. Beli ala kadar je.Puasa tahun nie belum pernah lagi Milo jejakkan kaki ke bazar-bazar Ramadhan.. Mood nak membeli kureng sangat.


Bukan takde "sen".. " sen" ada tapi ntah la..Mungkin pengalaman yang lepas lepas mengajar dan memujuk hati agar tidak mudah terpedaya dengan warna warni keindahan makanan di bazar tersebut.. Ya Indah..Hanya indah dengan warna, corak dan gayanya...Tapi RASA?? Itu yang buat Milo jadi frust' giler bila membeli makanan 'tunjuk-tunjuk'. Bak kata Chef Joe ' Indah Khabar dari Rupa '..

Itu apa yang pernah Milo alami la..dan banyak kali mengalaminya..membuatkan diri ini akan berhati-hati dalam memilih dan membeli makanan.Tak kan nak mintak 'test' pulak.Kang ada yang kena angkut dengan van jenazah di petang hari! 

Kesimpulannya..masak sendiri lebih sedap dan terjamin kebersihannya..Tapi kalau takde 'time' , kena la jugak membelikan..Takkan nak togak air sejuk je dalam esbok tu.hihihih.. Oklah..Milo ucapkan selamat bersahur pagi nanti..cau!



8 comments:

  1. slmt berpuase miss simple, hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aik apa yang gelinya hati tu syahidah?hehe selamat berpuasa gak

      Delete
  2. salam ramadan dan selamat berpuasa

    ReplyDelete
  3. Selamat bersahur, selamat berpuasa dan selamat berbuka. Salam kenal dari saya

    ReplyDelete
  4. selamat menjalani ibadah puasa.. betul tu, masak sendiri lagi senang, kebersihan pun insya-Allah terjamin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berpuasa tuk Mizz Aiza jugak

      Delete

awak komen la sikit.1 pun jadilah..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...