Jom Shopping

Klik Sini

Friday, 12 July 2013

Lengkapkan apa yang patut...





Hi Guy..Selamat berhujung minggu.Ada yang rancang nak pulang ke kampung tuk' berbuka bersama orang tersayang ke hari nie? Orang tersayang tu of course la parents..Ke ' buah hati '?Hah time cuti ni la kita nak bersama dengan insan tersayang ye tak?

Bercadang tuk berbuka dimana-mana?Atau memilih rumah sebagai lokasi yang terbaik untuk berbuka.?
Bagi pendapat Milo rumah adalah lokasi terbaik untuk kita berbuka.Lepas berbuka boleh berdesupppp solat maghrib.kan..kan..kannnnn. Ke lepas berbuka terus terbongkang macam ular sawa yang dah telah sekor kambing?..hehehhe Gurau je okeh!




Kat mana pun korang ber'iftar', solat jangan dilupakan..Tak guna berlapar seharian jika tak lengkapkan dengan mengerjakan solat.Betul tak ustaz n ustazah? Milo nie pun bukannya 'perfect' sangat.Masih banyak kekurangan dan kecacatan yang nampak pada diri..

Okeh la , taip panjang berjela ada orang nak baca ke ? ( ayat ni Milo tanya diri sendiri okey..)
Selamat berbuka kawan kawan mayaku (",)




Thursday, 11 July 2013

Salam Ramadhan...Hari ke-2

Hi guy..terlambat nak ucapkan Salam Ramadhan buat semua bloggers and rakyat Malaysia also..
Dah masuk hari ke-2 kita berpuasa..Ada yang tak boleh berpuasa ke??hehhe mesti adakan..reason?? Gasrik? Period? Bagi yang perempuan je okeh! 
Berbuka hari pertama dan kedua nie Milo sambut dengan serba sederhana..Kan berjimat cermat itu amalan terpuji..ye tak?? cewahh..Pada Milo la kan, buat apa beli berhabis-habisan kalau semuanya akan dicampakkan ke "tong sampah" jua.. Beli ala kadar je.Puasa tahun nie belum pernah lagi Milo jejakkan kaki ke bazar-bazar Ramadhan.. Mood nak membeli kureng sangat.


Bukan takde "sen".. " sen" ada tapi ntah la..Mungkin pengalaman yang lepas lepas mengajar dan memujuk hati agar tidak mudah terpedaya dengan warna warni keindahan makanan di bazar tersebut.. Ya Indah..Hanya indah dengan warna, corak dan gayanya...Tapi RASA?? Itu yang buat Milo jadi frust' giler bila membeli makanan 'tunjuk-tunjuk'. Bak kata Chef Joe ' Indah Khabar dari Rupa '..

Itu apa yang pernah Milo alami la..dan banyak kali mengalaminya..membuatkan diri ini akan berhati-hati dalam memilih dan membeli makanan.Tak kan nak mintak 'test' pulak.Kang ada yang kena angkut dengan van jenazah di petang hari! 

Kesimpulannya..masak sendiri lebih sedap dan terjamin kebersihannya..Tapi kalau takde 'time' , kena la jugak membelikan..Takkan nak togak air sejuk je dalam esbok tu.hihihih.. Oklah..Milo ucapkan selamat bersahur pagi nanti..cau!



Monday, 8 July 2013

Perlu ke... sekadar perkongsian


Hi Guys... moga sihat dan ceria selalu ye.
Hari ni Milo nak share bout produk menghilangkan lelemak yang terperap kat badan kita nie pelangsingan badan gitu... hahahha langsing ke haku?? opsss hanya milo je yang nampak ye.

Memang diakui banyak produk produk pelangsingan yang wujud di pasaran bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan.. Wahh ayat ko..macam sasterawan , budayawan. Harga dari yang murah sampai la yang berpinar pinar bijik mata bila melihat. Cuma apa yang Milo fikirkan... berkesan ke semua tu ?

Boleh ke jadi kurus , slim river , hanya dengan minum or makan ubat @ minuman tu? tanpa perlu bersenam?berlapar?berpuasa?dan ber ber lagi la...
Sejauh mana keberkesanannya.....hah tu yang kita tak pasti..Milo tak perlekehkan produk buatan Malaysia ya..ye la rata rata semua produk perlangsingan adalah buatan Malaysia dan bumiputera.. Milo cuma nak tau kejujurannya dalam perniagaan...itu aja.. Jangan kerana nak untung, habis hilang nilai nilai kejujuran dalam diri kita..


Lagi 1 kan.. Milo selalu tertanya-tanya..kenapa gambar yang ada kat kotak kotak sebelum dan selepas semuanya mesti sexy sexy ye? Bila dah kurus perlu ke kita menonjolkan bentuk tubuh kita pada umum? Atau itu impian yang ditanam jika berjaya menurunkan berat badan?? 

Milo tak nak type lebih lebih..Ini hanya pandangan dari kaca mata milo saja.Kalau ada yang berlainan pendapat itu hak masing masing ye. Rambut sama hitam , hati lain lain.. 




Sunday, 7 July 2013

Segmen Kenalan Ramadhan by Cik Ummi

Hi Guys..Segmen pertama yang Milo join sepanjang tahun 2013.Mana taknya 2013 baru 1 entry di update.itu pun hari ini dan segmen nie entry kedua.Hahaha rajin tak Milo? tersangat la rajinya melihat blog bukan.Bukan tak berkesempatan,milo lupa password blog nie.terlampau banyak sangat email yang perlu Milo ingat passwordnya.
okey..straight to the point' cer pandang banner cute miut kat atas tu..comey bukan..hah " segmen kenalan Ramdhan by Cik Ummi"..Jadi tujuannya adalah untuk berkenalan dengan sesama blogger yang berada di Malaysia je gamaknya..Luar negara??hmm kena tanya tuan empunya segmen ya :)
Milo ucapkan SALAM PERKENALAN buat blogger2 yang sudi singgah di blog ini sekaligus sudi2kan lah klik button follower di sebelah kanan tu ye.. :).Dan Milo akan terjah balik korang tak kira lah korang follow Milo ke idak..Janji Ikhlas berkawan.
Jom tunggu apa lagi..semarakkan segmen Cik Ummi :))

Jom Setting Diri



Hi Guys..lamanya tak berbloggingkan..blog pun macam dah terkubur begitu saja..pengunjung pun tarak..huhuhu sedeynya!Tak pe tak bermakna semangatku untuk berblogging turut terkubur bersama..
Dah nak berakhir bulan Jun..bermakna kita akan masuk bulan Julai sekaligus kita semakin hampir dengan bulan Ramadhan Al- Mubarak..


Dah ganti ke puasa2 yang lepas2 wahai kawan2ku...??hehhe tanya orang punya "puasa ganti" ye..diri sendiri dah perfect ker? ;-p

Bila sebut pasal bulan puasa mesti kita terbayangkan makanan yang banyak, bazar2 ramadhan, baju raya, kuih raya, nak cat rumah, nak ganti perabot dan banyak lagi la..kalau boleh nak ganti kereta baru...bleh gitu?
semuanya ikut kemampuan sendiri.Kalau rasa tebal $ kat poket tu sampai melimpah ruah, apa salahnya..Tapi jangan la lupa untuk berzakat, bersedekah.Pahala menanti semua tu :)

Akhir kata " jom setting diri untuk menyambut ketibaan bulan Ramdhan" :))


Monday, 26 November 2012

2-2 Curang!!!



Seorang suami bernama Helmi sedang menelefon bekas kekasihnya bernama Ana.. yang juga
 merupakan isteri orang..

Ana : "Abang Mie... Jom la datang rumah... saya rindu la.. lagipun
suami saya pergi keluar negara tadi.."

Helmi : "baiklah malam esok abang pergi tau... nanti pandai la abang

tipu isteri abang tu.."

Ana : "Oh ya.. sebelum datang esok.. abang cukur misai kasi licin dulu

ye..abang tahu kan saya suka lelaki yg baby-face."

Helmi : "Alamak... yang ni susah sikit.. isteri abang suka abang

simpan misai ni nanti dia marah plak"

Ana : "Alaaa... abang ni nak jumpa saya ke tak nie?"

Helmi : "oklah.. oklah.. awak punya pasal.. apa saja saya sanggup"

Keesokan paginya, semasa Helmi hendak keluar untuk kepejabat dia telah

memesan kepada isterinya yang dia pulang lewat malam ini kerana ada mesyuarat penting...
 
dan dipejabatnya.. Helmi telah mencukur misainya

sampai licin..

Jam 4 pagi ketika Helmi balik kerumahnya... isterinya sudah tidur... Dengan perlahan Helmi 

salin baju dan naik ke tempat tidur... tiba-tiba

isterinya tersedar lalu meraba-raba wajah Helmi yang licin itu dalam

kegelapan...dan berkata...

"Kenapa awak tak balik lagi Pak Jalil... sekejap lagi suami saya akan

pulang..!!


  

Sunday, 18 November 2012

Raja Permaisuri Agong Kini Bertudung :)






Alhamdulillah.Semoga lebih ramai lagi isteri-isteri para pembesar negara berhijrah kearah kebaikan..InsyaAllah :)


Saturday, 17 November 2012

Apabila Perempuan Bertudung Tayang Perut



PEREMPUAN --> BERTUDUNG--> TUNJUK PERUT ..??!!


Segmen: Tambahkan Followers Diblog



Follower sekarang :89

Tag:
nurfahz85.blogspot.com
aceituaku.blogspot.com
aj-ididitmyway.blogspot.com
aynnie-bidadaritersenyum.blogspot.com
http://hemzterholikz90.blogspot.com

Angkasa nafi laporan bumi bergelap 3 hari



10 November 2012 KUALA LUMPUR - Agensi Angkasa Negara (Angkasa) hari ini menafikan laporan blog dan artikel yang mendakwa bumi akan bergelap selama tiga hari mulai 23 Disember berikutan kedudukan bumi, matahari dan pusat Galaksi (Bima Sakti) akan berada pada kedudukan selari. Di samping itu, laporan itu mendakwa, kedudukan awan-awan debu gelap atau Dark Dust Clouds berhampiran dengan Galaksi boleh menghalang penduduk dunia daripada melihat sebahagian daripada Galaksi, menurut kenyataan akhbar agensi itu yang dikeluarkan. Menurut kenyataan itu, berikutan senario tersebut, ada yang berpendapat bila 

Selain itu mereka turut mendakwa bila bumi, matahari dan pusat galaksi selari, di mana terdapat awan-awan debu gelap berhampiran pusat galaksi maka bumi akan bergelap.bumi, matahari dan pusat galaksi selari (sejajaran) maka akan berlaku penumpuan daya gravity daripada bumi, matahari dan pusat galaksi sehingga boleh mengakibatkan kemusnahan alam semesta.
Angkasa berkata semua andaian itu adalah tidak benar kerana pusat galaksi terlalu jauh dari bumi dan matahari iaitu 165 quadrillion batu, jadi kesan tarikan graviti adalah terlalu kecil.
"Awan-awan debu gelap menghalang penglihatan kita ke arah pusat Galaksi bukannya menghalang matahari daripada dilihat dari bumi," menurut agensi itu. Malah, menurut Angkasa, terdapat juga video YouTube oleh pihak NASA yang telah disalahguna oleh pihak tertentu yang menunjukkan Pegawai Tabir NASA, Charles F. Bolden, Jr memberi penerangan berkenaan persediaan peribadi dan keluarga sekiranya berlaku kecemasan, iaitu merujuk kejadian 911, puting beliung, gempa bumi dan sebagainya.
"Pihak-pihak tertentu telah memanipulasi video tersebut dengan artikel “Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012”," katanya. 
- Bernama

Thursday, 26 April 2012

Ya ALLAH turunkan la azab kpd mereka yg menganiaya dia... :(



Duhai Anak.. tak dapat aku bayangkan..
jika aku yang berada ditempatmu..
terjelepuk hina tak mampu berbuat apa..
yang diamanahkan sebagai pelindungmu telah menghumbanmu..
untuk menutup aibnya..

Duhai Anak.. sedihnya realitimu..
sedang manusia keliling tergamam..
dan tak mampu lakukan apa-apa..
duhai anakku.. doaku mati mu biar kesyurga..
hidupmu agar tak terus dihina..
kerana statusmu .. yang paling pedih..
Ibu mu sendiri tidak pernah mahu padamu..

Duhai Anak.. kita punya Allah..
jangan bimbang Ibu mu tak sayang padamu..
kerana Allah tidak pernah..
melupakan kita.. Sabarlah sayang..

Nukilan : Mama ( Anak Angkat Untuk Dibela ) AAUDB

Sunday, 26 February 2012

Golongan paling stress di dunia???


Yeehahh..bersua kembali setelah penat berblogwalking dalam segmen Cik Sandra.Itupun TM tak habis ronda lagi.Masih ada group yang tak dijelajah.Rehat sebentar nak type entry (",)


Dalam 1 laporan kajian oleh firma kajian pemasaran, Nielson mengenai golongan paling stress di dunia telah meletakkan wanita Malaysia di tangga ke-16 paling stress.Antara faktor spesifik mengapa wanita Malaysia stress adalah seperti berikut :
1. Terlalu berusaha menjaga hubungan dengan pasangan.
2. Mengambil serius persepsi orang lain terhadap diri dan keluarga
3. Bekerja kuat untuk mendapat pengiktirafan majikan
4. Terlalu serius terhadap pelajaran anak
5. Menggalas tanggungjawab menjaga keluarga
6. Terlalu dikongkong oleh keluarga
7. Berhenti kerja untuk menjadi surirumah
8. Sifat semulajadi wanita

Hermm itulah penyebab dan faktor2 yang menjadikan wanita selalu stress.Ada yang betul jugak fakta2 nie..apa2 pun kita cuba untuk jadi yang terbaik.kalau stress2 tu cubalah ambil makanan yang boleh menghilangkan stress.jom tengok makanan2 yang boleh membantu untuk menghilangkan/mengurangkan stress.klik sini

Tuesday, 21 February 2012

Segmen | Jom Blogwalking + Follow



Yeehahh..lama TM tak update blog.kesibukan melanda diri.So tanpa berlenggah nie TM nak join segmen yang cik Sandra anjurkan.Jom semua pakat2 join (",).Klik banner untuk terus terjah ke blog beliau okey !

TM tag 
Fahz

Tuesday, 31 January 2012

Layan pic sampai senak perot.jom3!!!


Yeeehahh!!..Huh lama bebeno rasanya TM tak update Blog nie kan..Hermm ada sapa2 yang peduli ke?harharhar perah santan sudah TM nie.Kalau TM tak update pun tak de sape yang kisah la..so jangan syok sendiri ye TM.hehehhe nasihat tuk diri sendiri.

Entry kali nie TM nak share pic2 yang akan membuatkan korang gelak sampai tak "hingat donia".heheh jom layan sat.

Hanya sekadar hiburan hati (",)


Saturday, 21 January 2012

" Try Ur Name In Korean " - entry suka suki


Yeeehahha..Dah seminggu TM tak update blog..Nak buat entry idea macam main nyorok2 saja.So kali nie TM buat entry suka-suka.Jom cuba tukar nama dalam bahasa korea pulak.

1: Nama Pertama -> pilih warna baju yang anda pakai sekarang.

PUTIH -> park
 HITAM -> kim
BIRU -> shin
HIJAU -> Lee
    MERAH -> song
      KUNING -> kang
    COKLAT -> Han
  UNGU -> Choi
 OREN -> sung
 PINK -> Jung
  LAIN2 -> King

2: Nama tengah adalah bulan kelahiran anda ;

1: Yong
 2: Ji
 3: Je
    4: Hye
      5: Dong
     6: Sang
  7: Ha
    8: Hyo
   9: Soo
  10: Rae
    11: Hyun
  12: Eun

3: Nama terakhir ialah tarikh lahir anda :

1: Hwa
 2: Woo
  3: Joon
 4: Hee
 5: Kyo
     6: Kyung
    7: Wook
  8: Jin
   9: Sub
    10: Hoon
11: Ra
 12: Bin
  13: Sun
  14: Ri
    15: Soo
      16: Rim
   17: Ah
   18: Ae
       19: Neul
       20: Mun
   21: In
    22: Mi
   23: Ki
         24: Seung
          25: Byung
        26: Seok
       27: Gun
       28: Yoo
       29: Sup
         30: Won
        31: Eun

Apa pun ini hanya untuk suka suki.Nama melayu dalam islam lagi menarikkan..hehehe (",)
( Write ur new korean name in comment ) 

Saturday, 14 January 2012

Chocolate Ohh Chocolate...


Yeeehahhh..Bersua kita kembali..TM tengah teruja pasal "CHOCOLATE HOMEMADE" nie..Suka sangat2 tengok coklat nie sebab pelbagai bentuk yang cute dan pelbagai perisa.Rasanya pun tak la terlalu manis.

So TM google la dan terjah dari setiap pelusuk blog blogger2 yang pakar dalam membuat coklat nie.Semuanya memang Awesome!!!!Hermm nak sangat2 belajar buat coklat nie..serius rasa semangat tu datang.Cuba try2 tengok kat bawah nie,cutekan...ahhhhhh..





Cute laaaaa.sesiapa yang pakar tu share la dengan TM..nak sgt2 buat choc nie.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...